Categories: MELAKANASIONAL

4,000 tempat duduk bertingkat untuk orang awam sempena Hari Kebangsaan 2019

PUTRAJAYA, 27 Ogos – Sebanyak 4,000 tempat duduk bertingkat atau kemudahan ‘Human Terrace’ disediakan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk orang awam yang hadir bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos ini di Putrajaya.

Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Tengku Aina Tengku Ismail Shah berkata kemudahan tempat duduk lima tingkat itu terletak dari Menara Prisma ke bulatan Kementerian Kewangan dan disediakan untuk memberi keselesaan kepada orang ramai yang hadir.

“Ini adalah kemudahan baharu yang kita sediakan pada tahun ini untuk para pengunjung selain ruang tontonan lain yang disediakan sepanjang laluan perbarisan dan persembahan pada sambutan hari bersejarah itu,” katanya kepada Bernama.

Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Tengku Aina berkata PPj, selaku pihak tanggungjawab untuk menyelaras persiapan logistik bagi sambutan hari kemerdekaan ke-62 itu, juga menyediakan kemudahan human terrace 12 tingkat untuk dif-dif kehormat dengan kapasiti kira-kira 1,500 orang.

Bagi pengunjung yang membawa kenderaan, Tengku Aina berkata terdapat 3,000 ruang parkir di kawasan sekitar Presint 2,3 dan 4 disediakan.

Selain itu terdapat perkhidmatan bas percuma dari Putrajaya Sentral, Ayer8 dan MyFarm ke kawasan acara berlangsung yang disediakan bermula jam 7 pagi hingga 2 petang, katanya.

Bagi menyemarakkan semangat sambutan bulan kemerdekaan, Tengku Aina berkata PPj mengedarkan sebanyak 11,750 bendera kepada semua Majlis Perwakilan Penduduk di Putrajaya untuk dipasang di semua kawasan perumahan.

“Kita juga telah memasang 1,500 bendera di sekitar jalan-jalan utama dan lebuh protokol, bangunan dan premis milik PPj bermula pada 17 Ogos selain menghantar surat pemakluman pemasangan bendera ke semua permis swasta di sekitar Putrajaya,”katanya.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago