400 banduan berkelayakan wajar diberi pekerjaan – EXCO

400 banduan berkelayakan wajar diberi pekerjaan – EXCO

Setuju YB!

AYER KEROH 10 Julai – Pengusaha industri di negeri ini digalakkan memberi peluang kedua kepada 400 banduan berkelayakan bagi mendapatkan pekerjaan di negeri ini.

Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, G. Saminathan berkata, sejumlah banduan terpilih itu merupakan banduan berpotensi dan telah menjalani pemulihan di sebalik tirai besi di sepanjang hukuman mereka.

Katanya, banduan yang diiktiraf sebagai Orang Di Selia (ODS) perlu diberikan peluang kedua dalam menjana pendapatan keluarga selain sebagai persediaan mereka mendapatkan pekerjaan selepas selesai hukuman yang disabitkan.

“Kerajaan negeri akan mencari inisiatif bagi mendapatkan kerjasama antara pengeluar industri di negeri ini bagi membantu nasib banduan yang kebanyakkan mereka menghadapi masalah kewangan bagi menguruskan anak-anak dan keluarga lebih-lebih lagi sewaktu hukuman yang dijalani.

“Dengan adanya pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka ianya sekali gus dapat membantu keluarga dengan elaun yang diberikan syarikat sepanjang tempoh latihan pekerjaan ini.

“Bila sudah habis hukum, ianya mampu memberi peluang mereka bagi mendapatkan pekerjaan di syarikat sama dan perkara ini mampu memberikan motivasi kepada mereka akibat tekanan yang diberikan melalui persepsi masyarakat,”katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatannya di kilang Oriental Food Industries Sdn. Bhd., semalam.

Pada lawatan itu seramai 10 banduan berkelayakan telah dipilih bagi menjalani latihan sebagai persediaan pekerjaan di kilang berkenaan hampir tiga minggu lalu.

Menurutnya, inisiatif di ambil oleh syarikat itu merupakan syarikat perindustrian pertama di negeri ini bagi mengambil pekerja daripada banduan yang berkelayakan.

Ujarnya, inisiatif berkenaan wajar dilaksanakan oleh beberapa syarikat lain bagi menjalankan program seperti itu sebagai memberi peluang mereka bergaul bersama masyarakat.

“Mereka menjalani latihan di sini dan akan diberikan elaun, malah mereka akan diiringi oleh pegawai Jabatan Penjara setiap hari bagi memantau aktiviti mereka di kilang ini.

“Kita perlu fikir cara baru dan inisiatif bagi membantu golongan banduan dan ini merupakan salah satu langkah bermanfaat agar mereka boleh menikmati kehidupan sebenar setelah tamat hukuman yang disabitkan.

“Malah melalui inisiatif ini juga ianya mampu mengurangkan kadar penggunaan tenaga kerja asing di dalam sektor pembuatan industri,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS