40 MURID SKBB 2 DIRAI

40 MURID SKBB 2 DIRAI

Susah sama-sama, senang sama-sama.

TITLE: 40 MURID SKBB2 DIRAI

– The Straits & Suites Hotel prihatin nasib golongan memerlukan

 

The Straits & Suites Hotel meraikan 40 anak yatim Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2(SKBB2) dalam sebuah majlis berbuka puasa, Jumaat lalu.

Pada majlis itu juga kesemua anak yatim turut menerima sumbangan berupa barangan dapur serta duit raya sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pemilik The Straits & Suites Hotel, Sam Lai berkata majlis berbuka puasa itu merupakan anjuran kali ke-24 menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam memberi kegembiraan kepada golongan memerlukan.

Sementara itu, Guru Besar SKBB2, Mastura Lim terharu apabila penganjur memilih anak-anak dari sekolah itu menerima sumbangan tersebut di samping memberi kesempatan kepada mereka meraikan momen manis bersama rakan-rakan.

CATEGORIES