40 asnaf DUN Merlimau terima sumbangan Ramadan

40 asnaf DUN Merlimau terima sumbangan Ramadan

Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki di bulan Ramadan ini....

MERLIMAU 23 Mei – Seramai 40 asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menerima sumbangan Ramadan menerusi program “Kami Prihatin Bersama Penyelaras Parlimen Jasin” di Perpustakaan Awam Merlimau, semalam.

Sumbangan disampaikan Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan.

Program anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Merlimau Timur itu turut mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Perpustakaan Desa Air Tawar.

Khairuddin ketika ditemui berkata, program itu menyasarkan golongan kurang berkemampuan di seluruh Parlimen Jasin dan DUN Merlimau.

“Setakat hari ini, sumbangan Ramadan peribadi ini mencecah hampir 500 penerima dan mereka menerima sumbangan beras, barang keperluan dapur, pakaian untuk hari raya serta wang tunai mengikut keperluan setiap asnaf,”katanya.

Turut hadir pada majlis itu Datin Seri Umie Aida yang turut melayani telatah kanak-kanak yang menyertai pertandingan melukis dan sesi bercerita.

CATEGORIES
TAGS