ANDA mempunyai perancangan untuk ke The Shore Shopping Mall, Melaka tapi masih tertanya-tanya tarikan yang ada di situ? Berikut adalah empat perkara yang anda boleh enjoy apabila berkunjung ke sana.
1.THE SHORE OCEANARIUM
Terletak di Aras Dua, ia di buka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 9 malam dan merupakan tempat yang mesti dikunjungi. Terdapat pelbagai tarikan interaktif yang sesuai untuk semua golongan, daripada kanak-kanak hingga ke warga emas. Zon interaktifnya dilengkapi dengan ‘Magical Vacuum Aquarium’, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
2. THE SHORE SKY TOWER
Ini merupakan lokasi wajib jika anda ingin menikmati keindahan panorama Bandaraya Melaka khususnya pada waktu malam. Terletak di Aras 43 dengan ketinggian 163 meter dari aras tanah, ia merupakan struktur binaan manusia yang dikatakan tertinggi di bandaraya ini. Jika anda bukan seorang acrophobia, anda boleh bergambar di kawasan dek yang berlantaikan kaca di mana anda boleh melihat pemandangan yang sayup di bawah tapak kaki anda.
3. THE SHORE 3D INTERACTIVE PARK
Diiktiraf sebagai taman tema dengan elemen 3D ’13-dalam-1′ yang pertama dan terbesar di Melaka, tarikan ini terletak di Aras Dua. Anda berpeluang untuk bergambar dengan lebih daripada 60 elemen menarik 3D yang disediakan di sini. Ia juga menawarkan teater hologram yang pertama dan terbesar di negeri ini.
4. THE SHORE TOY MUSEUM
Tidak kira dewasa atau kanak-kanak, ini merupakan tempatnya untuk mereka yang meminati figura watak-watak ‘superhero’ seperti Spiderman atau animasi seperti Minions. Ada lebih 10,000 bahan pameran yang diimport khas dari negara-negara seperti Jepun dan Thailand yang bakal membawa anda mengimbau zaman kanak-kanak dahulu. Ia terletak di Aras Satu.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment