Categories: NASIONAL

3,877 akaun media sosial menyamar dikesan, 78 peratus dipadam – Gobind

KUALA LUMPUR, 2 Dis. – Sejumlah 3,877 akaun media sosial menyamar dikesan dan 78 peratus daripadanya berjaya dipadam oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat September lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata faktor utama akaun-akaun itu dipadam ialah kerana penciptaan akaun palsu untuk tujuan penyamaran.

“Pemadaman akaun media sosial itu mendapat kerjasama pihak penyedia platform media sosial selaras dengan terma dan syarat yang disediakan oleh penyedia platform.

“Selain itu, sebanyak 1,564 pautan dan kandungan yang dipercayai berunsurkan buli siber dikesan oleh SKMM dengan 63 peratus daripadanya telah berjaya dipadam,” katanya ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu jumlah pemilik akaun media sosial yang telah disekat penggunaannya dan apakah sebabnya.

Sementara itu, Gobind berkata kementerian sedang mengkaji bagaimana undang-undang sedia ada dalam menangani masalah akaun palsu dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

“Saya harap pada masa akan datang kita boleh lihat undang-undang baharu selewat-lewatnya dalam pertengahan tahun depan tetapi dalam masa sama penguatkuasaan adalah penting, yang bila ada laporan dibuat orang ramai, tindakan hendaklah diambil dengan segera.

“Kami akan buat pindaan kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dalam masa terdekat. Kita lihat negara dalam rantau ini telah perkenalkan undang-undang baharu yang lebih ketat misalnya Singapura dan Australia,” katanya.

Gobind berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan R.S.N Rayer (DAP-Jelutong) yang ingin tahu bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan menangani kebebasan berkongsi maklumat yang semakin meningkat pada masa kini terutamanya yang mempunyai unsur fitnah dan palsu.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago