350 qariah hadiri bacaan Yasin & Tahlil MPAG

350 qariah hadiri bacaan Yasin & Tahlil MPAG

Selamat menyambut Hari Perbandaran Alor Gajah ke-16 kepada MPAG.

ALOR GAJAH 24 April – Seramai 350 qariah daerah Alor Gajah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Perbandaran Alor Gajah ke-16 (MPAG) di Masjid Luqmanul Hakim, Sungai Petai, baru-baru ini.

Ia merupakan aktiviti tahunan MPAG di mana pihak majlis akan memilih salah satu masjid dalam daerah Alor Gajah untuk dijadikan tuan rumah bagi majlis tersebut.

Majlis itu, acara pembukaan sambutan ulang tahun MPAG bagi mendapatkan keberkatan dan kesejahteraan khusus buat warga kerja MPAG dalam menjalankan tugas.

Yang Dipertuanya, Zamzuri Arifin berkata, dengan adanya aktiviti kerohanian itu, ia mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota MPAG.

“Selain penduduk MPAG, kita dapat mendekatkan diri dengan penduduk di sini.

“Diharap majlis sebegini dapat memberi keberkatan serta keharmonian buat seluruh masyarakat,” katanya pada majlis tersebut.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada 20 anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik dalam daerah Alor Gajah.

CATEGORIES