350 mualaf dirai dalam sambutan TBC

BANDARAYA MELAKA 6 Feb. – Kira-kira 350 mualaf diraikan dalam sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck, Kampung Tiga, di sini baru-baru ini.

Program diadakan menerusi kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Sambutan yang dirasmikan isteri Ketua Menteri, Dalilah Awaluddin menerima sambutan hebat oleh golongan mualaf berkenaan.

Ketibaan Dalilah yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil Rakyat PH Melaka (HARWANIS) disambut dengan acara tarian singa.

Pelbagai acara penuh tradisi dipersembahkan termasuk gendang Cina diikuti acara menggaul makanan tradisi ‘Yee Sang’.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tangga Batu, Dr. Rusnah Aluai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr Wong Fort Pin.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago