343 kes jenayah syariah dilaporkan di Melaka

343 kes jenayah syariah dilaporkan di Melaka

Fokus untuk mengurangkan lagi kes jenayah syariah pada masa akan datang

AYER KEROH 18 Jun – Sejumlah 343 kes jenayah syariah di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 di Melaka dilaporkan dari Januari hingga Mei tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Rahimin Bani berkata, bagi Seksyen 53, kesalahan Bersekediaman Tanpa Nikah bagi bulan Januari sehingga Mei tahun ini, mencatatkan sebanyak 172 kes yang dilaporkan.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 54, hamil atau melahirkan anak tanpa nikah mencatatkan sebanyak 55 kes yang dilaporkan.

“Manakala, bagi kes di bawah Seksyen 55, Subahat Pertubuhan Haram, mencatatkan sebanyak 36 kes.

“Bagi ketiga-tiga Seksyen, jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM3,000, penjara tidak melebihi 24 bulan atau kedua-duanya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi MelakaKini, hari ini. Sementara itu, bagi kesalahan di bawah Seksyen 81, kesalahan berjudi, sebanyak 80 kes yang telah dilaporkan dan jika disabitkan kesalahan, hukuman denda RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

CATEGORIES
TAGS