32 tahun berkhidmat : Persaraan  Khamis kehilangan buat PERZIM

32 tahun berkhidmat : Persaraan Khamis kehilangan buat PERZIM

BANDAR HILIR 10 Jan. – Selama 32 tahun menabur bakti, persaraan Datuk Khamis Abas pada 30 November 2018, satu kehilangan buat warga Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Mula bertugas di Lembaga Muzium Melaka pada tahun 1986, beliau merupakan seorang kurator di Muzium Istana Kesultanan Melaka yang dulu dikenali sebagai Muzium Budaya.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di PERZIM, beliau dianggap seperti kawan, sahabat dan seorang bapa yang memberi dorongan kepada kakitangannya.

Pengurus Besar PERZIM, Fadhilah Md. Saleh berkata, Khamis merupakan pengurus yang komited dan berdedikasi dalam tugasnya.

“Kakitangan PERZIM melihat beliau seorang yang hebat, berkarisma dan komited menjalankan tugas sebagai nakhoda.

“Khamis seorang Pengurus Besar yang berjaya membawa sektor permuziuman di Melaka ke arah lebih tertinggi,” katanya pada Majlis Sanjungan Budi Kenang Jasa Datuk Khamis di sini, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Khamis diraikan oleh 129 kakitangan PERZIM dan diiringi alunan muzik oleh penyanyi jemputan.

Fadhilah berkata, tahun 2018 seramai 836,642 pengunjung telah melawati rangkaian muzium-muzium di bawah pentadbiran PERZIM.

“Ini adalah sebahagian usaha Khamis yang berusaha mencipta pelbagai program bagi menarik lebih ramai pengunjung ke muzium,” katanya.

Hadir merasmikan majlis, Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

CATEGORIES