314 aduan pembakaran terbuka, 92 tindakan dikeluarkan

314 aduan pembakaran terbuka, 92 tindakan dikeluarkan

Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang degil

AYER KEROH 12 Sept. – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka menerima sebanyak 314 aduan berkaitan pembakaran terbuka dalam negeri ini sejak Januari hingga Ogos lalu.

Pengarah JAS, Rosli Osman berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 92 tindakan telah diambil termasuk mengeluarkan surat amaran, notis arahan, kompaun dan kertas siasatan.

Justeru beliau menggesa orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar rumah.

“Dinasihatkan orang ramai untuk minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, untuk kekal dehidrasi dan jika berlaku jerebu ke tahap membahayakan, diminta untuk bersiap siaga dan menjaga keselamatan diri.

“Sehingga hari ini, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kembali ke keadaan normal di mana setakat jam 4 petang tadi Alor Gajah mencatatkan bacaan IPU 89, Bukit Rambai dengan bacaan 91 dan Bandaraya Melaka di tahap 90.

“Keadaan jerebu ini mengikut arah angin dan disarankan orang awam untuk memakai topeng muka bagi penunggang motosikal yang bekerja di luar bangunan atau di tempat berhabuk dan yang dikenal pasti sebagai kumpulan berisiko tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, orang ramai juga diminta melaporkan kes-kes pembakaran terbuka di Talian Bebas Tol 1800-88-2727.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS