3,000 dijangka meriahkan sambutan Hari Krismas Melaka di Perkampungan Portugis, 30 Disember

AYER KEROH 27 Dis. – Dijangka seramai kira-kira 3,000 pengunjung hadir dan memeriahkan Majlis Sambutan Hari Krismas 2019 peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 30 Disember ini.

Majlis yang diadakan di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir itu bakal dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Pelbagai aktiviti dan persembahan bakal berlangsung sepanjang majlis sambutan itu yang dijadual bermula pada jam 7.30 malam.

Untuk rekod, Ujong Pasir merupakan satu-satunya tempat dalam Malaysia yang mempunyai Perkampungan Portugis dan bilangan masyarakat Serani teramai.

Difahamkan, sehingga kini terdapat 1,200 hingga 2,000 masyarakat Serani tinggal di perkampungan tersebut dan ada sebahagian kecilnya tinggal di beberapa lagi kawasan lain di Melaka.

Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai penempatan masyarakat Portugis sejak 1511.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

6 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago