Categories: KebajikanMELAKA

30 keluarga Rumah Pangsa Lereh terima bantuan TBC

LEREH 20 Jan. – Seramai 30 keluarga Tionghua di Rumah Pangsa Lereh menerima bantuan amal program kebajikan ziarah kasih bersempena Tahun Baru Cina (TBC).

Program itu dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Keluarga Miskin Bandar Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pokok Asam.

Bantuan berupa bekalan makanan itu disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck.

Hadir sama, Pengerusi MPKK Pokok Asam, Md Tahir Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Keluarga Miskin Bandar Negeri Melaka, Leong Yeng Kit.

Selain menyampaikan bantuan amal di Rumah Pangsa Lereh, Gue Teck turut turun padang mengedar buah limau untuk diberikan kepada pengunjung di tapak Car Boot Sale Klebang.

Menurut Gue Teck, pemberian limau itu merupakan tradisi dan budaya masyarakat Tionghua sebagai tanda memberkati segala urusan sepanjang TBC tahun ini.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago