Categories: MELAKA

30 peserta sertai pertandingan ‘Draw The Doodles’

Oleh FARAH SUHAIDAH OTHMAN

PENGKALAN RAMA 3 Dis. – Sebanyak 30 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini menyertai Pertandingan ‘Draw The Doodles’ yang diadakan pada Grand Cultural Festival (GCF) di sini.

Pertandingan yang menjadi salah satu acara penutup festival berkenaan adalah anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi (MICoST) dengan kerjasama Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

Dekan Fakulti, Wan Amalyna Wan Yahya berkata, pihaknya berbesar hati kerana pertandingan terbabit berlangsung dengan jayanya dengan disertai pelbagai IPT di seluruh negara.

Katanya, acara berkenaan turut mendapat sambutan daripada orang awam yang turut menyertai pertandingan itu.

“Semua peserta dilihat komited dan bersungguh sepanjang pertandingan itu diadakan,” katanya.

Bagi kategori IPT, Mohd Akmal Abd Kadir dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) manakala di tempat kedua dan ketiga masing-masing pelajar dari MICoST iaitu Nurul Afiqah Nor Ramle dan Muhammad Nizam Majid.

Bagi kategori terbuka, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Amin Hadhari diiikuti Muhammad Firdaus Omar dan Madiawati Musa.

Semua hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSM), Mahani Masban yang turut diiringi Pengarah Program, Nur Sahidah Basier.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago