Categories: KebajikanMELAKA

3 unit lagi Rumah Peduli dalam DUN Tanjung Bidara

Din Ahmad

MASJID TANAH 14 Jan. – Tiga unit lagi Rumah Peduli akan dibina dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara sepanjang tahun ini bagi melengkapkan seunit yang sudah siap sepenuhnya di Kampung Jeram, di sini.

Ketiga-tiga unit berkenaan diluluskan kerajaan negeri dan kerja pembinaan bakal dilaksanakan tidak lama lagi bagi membantu menyediakan penginapan berkualiti untuk golongan asnaf.

Penyelaras DUN Tanjung Bidara, Datuk Halim Bachik berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM32,000 untuk membina Rumah Peduli dua bilik dan RM37,500 untuk yang tiga bilik, tidak termasuk kos kerja tanah yang bergantung kepada keadaan tapak rumah berkenaan.

“Rumah Peduli yang pertama dalam DUN Tanjung Bidara berjaya disiapkan hujung Disember lalu di Kampung Jeram dan kunci rumah itu diserahkan Ketua Menteri, Adly Zahari kepada Asmani Aziz.

“Tiga lagi rumah seumpama itu akan dibina di Kampung Balik Batu, Pulau dan Londang dan tinjauan sudah dilakukan pegawai JAPERUN di ketiga-tiga kampung itu baru-baru ini,” katanya kepada MelakaKini ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci Rumah Peduli oleh Adly kepada Asmani, 41, di Kampung Jeram semalam.

Pada majlis itu, Adly turut menyerahkan kunci kepada dua lagi pemilik Rumah Peduli iaitu Samsuddin Abu, 48, dari Kampung Machap Jaya dan Sabariah Md Shah, 64, dari Kampung Padang Sebang, Gadek dekat Alor Gajah.

Beliau berkata, permohonan penduduk Kampung Balik Batu, Abdul Rahman Auf Jantan, 46, sedang diteliti di peringkat JAPERUN Tanjung Bidara sebelum dikemukakan kepada Pejabat Daerah Alor Gajah.

Mengenai Rumah Peduli Asmani, Halim menjelaskan, pembinaan rumah bernilai RM37,500 yang pertama untuk anggota komuniti berpendapatan rendah di DUN Tanjung Bidara itu berjaya disiapkan hanya dalam tempoh 43 hari.

“Rumah berkeluasan 6 x 9 meter (20 x 30 kaki) itu berjaya disiapkan kontraktor pada hujung Disember lalu melalui penyeliaan projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah manakala kos ditanggung kerajaan negeri,” katanya.

Halim berkata, rumah milik Asmani dan isteri, Kamsiah Abdul Majid, 30, itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan penginapan berkualiti untuk anggota komuniti berpendapatan rendah.

Sementara itu Asmani berkata, dia memohon rumah berkenaan ketika menghadiri program Hari Bertemu Rakyat bersama Ketua Menteri pada pertengahan tahun lalu sebelum mengemukakan permohonan secara formal kepada JAPERUN Tanjung Bidara.

“Tanah ini adalah anugerah ibu saya, Masitah Ghani, 65, dan selain bangunan rumah, kontraktor turut membina longkang di sekeliling rumah hingga ke parit di belakang rumah,” katanya.

Peniaga burger itu berkata, dia pernah memohon mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tetapi gagal dan kejayaan memiliki Rumah Peduli disifatkannya sebagai rezeki anak kelima yang masih dalam kandungan Kamsiah.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago