3 sekolah terjejas gas ammonia, dijangka dibuka semula Selasa depan

3 sekolah terjejas gas ammonia, dijangka dibuka semula Selasa depan

Moga dipermudahkan segala urusan

DURIAN TUNGGAL 5 Sept. – Tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, SK Serkam Darat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Serkam ditutup sementara disebabkan kejadian kebocoran gas ammonia di Serkam Selasa lalu dijangka dibuka semula bermula Selasa depan.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka, Noor Effandi Ahmad berkata, insiden tersebut sangat membimbangkan namun bersyukur tiada pelajar terjejas.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan lancar.

“Buat masa sekarang semua pelajar tahun satu hingga lima diberikan cuti sehingga Isnin ini.

“Manakala pelajar mengambil UPSR pula menumpang di sekolah berhampiran. Saya jangka jika semuanya sudah pulih, mereka akan kembali ke sekolah masing-masing Selasa depan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di majlis perasmian Minggu Haluan Siswa 2019/2020 Universiti Teknikal Malaysia Melak (UTeM) di sini petang, semalam.

Jelas Noor Effandi, beliau berbangga dengan pengorbanan guru terlibat yang sanggup membantu anak murid mereka menjalani peperiksaan dengan baik.

“Ada guru yang sanggup mengambil murid dan membawa mereka ke sekolah yang ditumpang.

“Ini membuktikan guru-guru berkenaan sentiasa mengambil berat pendidikan murid terlibat walaupun berhadapan situasi kecemasan seperti ini,” katanya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS