3 medium tingkat jatidiri bekas penagih

3 medium tingkat jatidiri bekas penagih

Masyarakat perlu sama membantu golongan OKP ini untuk tidak kembali menjadi penagih semula

AYER KEROH 21 Jun – Sesi sokongan kelompok, sesi 12 langkah dan motivasi menjadi tiga medium Agensi Anti Dadah Melaka (AADK) daerah Melaka Tengah meningkatkan semangat jatidiri bekas penagih atau Orang Kena Pengawasan (OKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Melaka Tengah, Dr. Jasmi Ahmad berkata, ia penting bagi memastikan OKP terbabit tidak putus asa dan kembali kepada aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, inisiatif ini diharap dapat menyedarkan mereka supaya meninggalkan najis dadah selama-lamanya.

“Hari ini kita berkesempatan mengadakan program Jalinan Ukhwah Eidulfitri (JKPD) Daerah Melaka Tengah OKP.

“Kita mahu pendekatan ini membuka mata OKP ini bahawa AADK sentiasa mengambil berat apa berlaku terhadap mereka,” katanya kepada MelakaKini hari ini.

Seramai 55 OKP terlibat dalam program yang diadakan di Wisma Persekutuan Melaka itu.

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

CATEGORIES
TAGS