22 rumah rosak teruk

ADLY bertanyakan sesuatu dengan salah seorang mangsa bencana hujan ribut di Kampung Tedung Pantai, Ahad lepas.

TEDUNG, 18 Jun – Sebanyak 22 buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat bencana hujan ribut yang melanda Kampung Tedung Pantai pada pagi 17 Jun lepas.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan kerugian harta yang banyak kepada penghuni rumah, lebih-lebih lagi ketika dalam suasana menyambut Aidilfitri.

Salah seorang mangsa, Omar Mat berkata, beliau menyedari kejadian bencana itu berlaku sekitar jam 7.20 pagi, di mana pada awalnya dia menyangka hanya hujan biasa, sebaliknya hujan ribut serta puting beliung melanda kawasan tersebut.

ANTARA atap rumah yang diterbangkan dalam kejadian hujan ribut pada awal pagi Ahad lepas.

“Saya menyangka cuaca hujan biasa sahaja, tetapi lama kelamaan ia bertukar menjadi bencana hujan ribut dan puting beliung.

“Ia sekali gus mengakibatkan kerosakan teruk apabila atap rumah tercabut dan segala persiapan Aidilfitri turut musnah,” katanya.

Bagi Zainal Mat Sudi, dia berharap pihak yang berkenaan dapat hadir menyalurkan bantuan dengan segera, kerana setiap kerosakan yang dialami melibatkan kos yang tinggi.

“Saya serta setiap mangsa yang terlibat memohon pihak yang berkaitan dapat turun padang, bantu kami.

“Bencana sebegini adalah kali pertama kami hadapi,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Adly Zahari, melawat mangsa terjejas pada hari tersebut kira-kira jam jam 10 pagi.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira dua jam di tempat kejadian turut mengarahkan mangsa ribut segera membuat laporan polis, selain mengarahkan pegawai di pejabat daerah menilai kerosakan akibat kejadian berkenaan.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk segera membantu penduduk yang terlibat dengan bencana tersebut.

“Kita akan mengarahkan kontraktor segera membaiki kerosakan bumbung rumah mangsa yang terjejas sebaik penilaian dibuat dan menggunakan peruntukan Tabung Bencana Alam,” katanya pada Ahad lepas.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago