20 keluarga terima perhatian

20 keluarga terima perhatian

Baguslah.....Sumbangan diberi, pahala berganda dan amalan yang baik bertambah...

ASAHAN 15 Mei – Golongan memerlukan terus dirai dan dibantu pada bulan mulia ini.

Menerusi Program Kami Prihatin anjuran Kebitaraan Pandu Puteri Tunas dan Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Chenderah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa (PIBG) SK Chenderah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chenderah, seramai 20 keluarga dipilih menerima sumbangan.

Menurut Guru Besar SK Chenderah, Saidi Sulaiman, inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi meringankan beban mereka.

“Sedikit sebanyak dapatlah mereka gunakan perbelanjaan tersebut membeli keperluan lain untuk hari raya,” katanya kepada MelakaKini.

Hadir sama, Pengerusi PIBG SK Chenderah, Abu Kher Ahmad.

Tambah Saidi, program berkenaan juga diharap dapat memupuk semangat prihatin dalam diri murid-murid sekolah itu.

“Kita mahu program ini menjadi panduan kepada mereka menjadi insan yang pemurah satu hari nanti,” katanya.

Antara sumbangan disampaikan termasuk barangan makanan iaitu beras, gula, kicap, susu dan wang tunai.

CATEGORIES
TAGS