Categories: BELIA DAN ECOMELAKA

2 Strategi ‘power’ buat belia & sukan

TAHUKAH anda dalam pembentangan Belanjawan Negeri Melaka 2020, kerajaan turut kisah akan golongan belia dan sukan dalam negeri? Kerajaan negeri sentiasa akan memastikan penglibatan aktif belia dalam kegiatan sukan dan persatuan.

Untuk mengaktifkan peranan belia dan sukan dalam negeri bersejarah ini, sebanyak RM500,000 peruntukan telah disuntik mulai tahun 2020.
Perbelanjaan peruntukan ini lebih fokus kepada pelaksanaan program berimpak tinggi yang akan memberi manfaat jangka panjang. Antara dua strategi tersebut ialah seperti berikut,

1. PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN BELIA

Untuk mewujudkan usahawan dalam kalangan belia berkemahiran. Beberapa program telah dirangka seperti,

i) Rangkaian Usahawan Muda (Youth Entrepreneurial Network – YEN)

Merupakan portal informasi untuk belia mendapatkan maklumat berkaitan peluang-peluang keusahawanan dalam bentuk geran bantuan dan pinjaman.

ii) Belia Bestari

Belia yang terpilih akan mengikuti program jati diri dan menjalani ‘on the job training’ selama tiga bulan bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan, keusahawanan dan lain-lain bidang kemahiran.

iii) Y-Career

Mensasarkan belia dalam kategori kumpulan B40 dan dilaksanakan pada hujung minggu.

2. TERUS BERI INSENTIF SUKAN

Meneruskan Skim Hadiah Insentif Kemenangan Sukan sebagai menghargai atlet yang mewakili negara dan memenangi pingat dalam sukan masing-masing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago