2 HARI 1 MALAM di Melaka, puas ke?

SEBAGAI sebuah negeri pelancongan, terdapat pelbagai lokasi menarik yang boleh diterokai di setiap ceruk negeri Melaka. Sudah pasti percutian 2 Hari 1 Malam di negeri ini tidak akan dapat membawa anda menjelajah ke setiap lokasi pelancongan menarik di negeri ini. Namun begitu, ianya memadai untuk anda bersantai bersama kawan-kawan atau menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Berikut antara aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang 2 hari 1 malam anda berada di negeri ini…

1. HARI PERTAMA

Tempat pertama harus ditujui adalah Banda Hilir yang mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik. Anda boleh menghabiskan waktu seharian anda di sini untuk melawat Menara Taming Sari, tinggalan Kota A’Famosa, Dataran Pahlawan serta pelbagai muzium yang terletak hanya ‘walking distance’ antara satu sama lain. Jika berminat, anda boleh menaiki beca Melaka di sini dengan bayaran tertentu. Di Banda Hilir juga terdapat beberapa kompleks membeli-belah popular dan tempat makan menarik untuk anda cuba dan melepaskan lelah. Seterusnya anda boleh menuju ke kawasan Bangunan Merah atau Stadhuys yang terkenal itu selain singgah ke Jonker Walk yang terletak berhampiran. Pada malamnya anda boleh mencuba Melaka River Cruise yang menjanjikan pemandangan memukau Bandaraya Melaka pada waktu malam yang dihiasi pelbagai lampu berwarna-warni. Anda boleh memilih untuk menikmati makan malam anda di pelbagai tempat makan yang menawarkan pelbagai menu juadah mengikut citarasa anda sebelum mengakhiri hari anda.

2. HARI KEDUA

Anda boleh memilih untuk bersarapan di hotel penginapan anda atau memilih menjamu selera di banyak tempat makan seperti yang viral di media-media sosial. Selepas mengisi perut, lokasi seterusnya sebelum anda pulang ke tempat anda adalah Ayer Keroh. Di sini terdapat pelbagai tarikan seperti Zoo Melaka, Tasik Rekreasi Ayer Keroh dan Taman Buaya Melaka. Selesai lawatan anda di destinasi pilihan, anda boleh terus menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh yang berdekatan untuk pulang sama ada ke utara atau selatan tanahair. Untuk meneroka lokasi menarik yang lain, sudah pasti anda perlu menghabiskan 2 hari 1 malam ke negeri ini dalam kunjungan anda yang berikutnya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago