Categories: MELAKA

170 pelajar DUN Klebang terima sumbangan ‘Kembali ke Sekolah’

KLEBANG 17 Dis.- Bagi meraikan golongan memerlukan sempena program ‘Kembali ke Sekolah’, pihak Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Klebang telah menghulurkan bantuan kepada 170 pelajar sekolah yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck berkata sumbangan yang diberikan berupa dua set pakaian, beg sekolah dan baucar tunai bagi keperluan sekolah pelajar terlibat.

Katanya, program sumbangan ini merupakan anjuran tahunan DUN Klebang yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan memerlukan.

“Program sumbangan ini merupakan program tahunan DUN Klebang yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

“Selain sumbangan DUN Klebang, kita juga menerima penajaan daripada  Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berbentuk baucar tunai kepada 10 kanak-kanak sekolah yang boleh ditebus di Pasaraya Mydin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Rusnah Aluai.

Katanya, idea itu dicetuskan oleh kerajaan negeri dan dilaksanakan di peringkat DUN dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mendapatkan maklumat bakal penerima bantuan yang amat memerlukan.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago