160 murid SRA sertai kursus memasak

ALOR GAJAH 8 Nov. – Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Itulah gambaran yang diterapkan dalam kalangan 160 murid tahun satu hingga tahun enam Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Kelemak, di sini untuk belajar kemahiran memasak pada usia kecil.

Menerusi Program Masterchef Junior anjuran pengurusan sekolah serta dibantu oleh Persatuan Persahabatan Kebajikan Melaka, semua murid berkenaan diajar oleh Presiden Persatuan Jurumasak Melaka, Chef Rizwandy Perin serta tenaga pengajar PLP Institut Melaka kaedah untuk memasak tiga jenis masakan mudah iaitu menggoreng ayam, memasak mi goreng dan membuat biskut.

Menurut Pegawai Pendidikan Sekolah Agama Daerah Alor Gajah, Rozaini Samsudin, selama 16 tahun berkhidmat di daerah berkenaan, beliau tidak pernah menghadiri program seumpama itu di 54 SRA di daerah berkenaan dan inisiatif itu dianggap baik untuk mempelbagaikan aktiviti di sekolah agama.

Justeru, beliau mengharapkan program itu dapat diteruskan supaya dapat menarik kehadiran murid SRA untuk hadir ke sekolah meskipun peperiksaan akhir tahun telah tamat.

“Saya sangat tertarik dengan program ini sebab nak tengok sendiri perjalanan (program), jadi ambil peluang dan saya mengharapkan Chef Rizwandy boleh berkolaborasi untuk aktiviti akan datang.

“Peperiksaan (akhir tahun) sudah habis dan jika tiada aktiviti kehadiran murid agak kurang, jadi, program seumpama ini dapat tarik minat mereka untuk datang ke sekolah,” katanya kepada MelakaKini pada program berkenaan.

Program berkenaan dirasmikan oleh isteri Menteri Pembangunan Usahawan merangkap ahli Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA), Datin Seri Hamidah Osman.

Hamidah mengucapkan syabas kepada pihak penganjuran program kerana aktiviti seumpama itu dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda khususnya pelajar sekolah untuk membantu kedua ibu bapa menerusi masakan.

“Program seumpama itu bagus supaya mereka (murid sekolah) tahu susah payah ibu bapa mereka menyediakan makan minum serta perbelanjaan sekolah.

“Saya menyokong aktiviti seumpama itu dan saya syorkan kepada Puan Rozaini supaya memperbanyakkan serta mengetengahkan aktiviti seperti ini dalam kalangan murid sekolah agama, meskipun nampak remeh tetapi sebenarnya bagus,” katanya.

Sementara itu, seorang murid tahun lima SRA berkenaan, Nur Asyirah Basyirah Yunos berkata, dia sebelum ini tidak tahu memasak namun menerusi program itu, dia dapat mempelajari asas masakan sekali gus dapat membantu ibunya menyediakan menu mudah untuk ahli keluarga.

“Seronok sangat dapat belajar memasak hari ini, macam goreng ayam tu walaupun nampak mudah tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mencampur bahan-bahan sehingga ayam itu digoreng ke dalam kuali,” katanya.

Bagi Asyraf Akmal Danial Asron, 11, selain dapat belajar memasak bersama rakan-rakan, dia teruja kerana dapat makan ayam goreng percuma.

Oleh Farah Suhaidah Othman

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago