150 tonton wayang pacak PASKAL

150 tonton wayang pacak PASKAL

Dengar wayang pacak je, memang terasa nostalgia!

SUNGAI UDANG 29 Nov. – Seramai 150 orang terdiri daripada masyarakat Sungai Udang menonton tayangan filem PASKAL yang ditayangkan dengan konsep wayang pacak di Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Udang, kelmarin.

Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Mohd Lokman Abdul Ghani, program itu dilaksanakan bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Konsep itu dipilih adalah untuk mengingatkan kembali sejarah bagaimana ketiadaan hiburan semasa di kampung sewaktu ketika dahulu.

“Dan filem itu pula bagi meningkatkan semangat cintakan negara,” katanya, ketika ditemui hari ini.

Tayangan itu merupakan program anjuran Komuniti Harapan Malaysia Taman Terendak Permai dan Jabatan Penerangan Putrajaya bersama Pejabat Penerangan Melaka Tengah dan Japerun Sungai Udang.

CATEGORIES