15 April, semua muzium beri diskaun pada pemilik ic 04 & 30

15 April, semua muzium beri diskaun pada pemilik ic 04 & 30

BANDA HILIR 14 April- Pada 15 April(esok) ini, semua anak Melaka yang mempunyai nombor pengenalan 04 dan 30 pada sijil kelahiran dapat menikmati harga diskaun yang ditawarkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bersempena ulangtahun ke-16 Melaka Bandaraya Bersejarah dan Minggu Warisan Melaka 2019.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Fadhilah Md.Saleh, berkata pelbagai aktiviti sampingan diadakan di muzium-muzium selain menawarkan kemasukan percuma bagi kanak-kanak dan harga kanak-kanak bagi dewasa.

“Caj kemasukan setiap muzium berbeza-beza, ini kerana semata-mata mahu membudayakan masyarakat mengunjungi muzium.

“Dan sempena minggu warisan, di perkarangan muzium di sini, terdapat booth-booth yang menjual buku-buku sejarah, di samping pada orang awam yang ingin mencuci keris turut dialu-alukan kerana kita turut memanggil orang yang bepengalaman dalam bidang tersebut.

“Bagi generasi muda, melawat muzium dan mengenal sejarah serta warisan nyata dan tidak nyata pada era globalisasi ini amat penting, maka dengan itu, berkunjunglah ke muzium-muzium yang ada untuk memartabatkan lagi seni warisan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Minggu Warisan Melaka 2019, di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari.

Turut hadir, Ahli Dewan undangan (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong.

Sementara itu, Fadhilah berkata, pelawat yang berkunjung ke Muzium pada suku tahun 2019 meningkat sebanyak 36,844 pelawat, kira-kira 211,163 jumlah pelawat pada Januari hingga Mac berbanding pada suku tahun 2018 pada bulan yang sama, hanya 174,319 pelawat.

CATEGORIES