1,400 pemain futsal ‘berkampung’ di Melaka

BATU BERENDAM 10 Feb. – Lebih 1,400 pemain futsal dari seluruh negara berkampung di Melaka bagi menyertai Melaka Royale Futsal Tournament 2020 di Kompleks Sukan Batu Berendam, semalam.

Menurut penganjur kejohanan, Haidzir Hashim, edisi yang masuk tahun kedua itu menjadi lebih istimewa apabila buat julung kalinya membuka penyertaan kepada golongan wanita dan lebih membanggakan ia menerima penyertaan daripada 30 pasukan wanita dari dalam dan luar Melaka.

“Tahun ini kita dapat penyertaan keseluruhan daripada 171 pasukan dan daripada jumlah itu, kita menerima 30 pasukan wanita. Jumlah penyertaan daripada wanita ini cukup membanggakan kerana ia menjadi antara rekod penyertaan tertinggi dalam acara futsal negara ini.

“Terima kasih diucapkan kepada 1,400 pemain yang memberi sokongan pada edisi kali ini. Ada yang datang dari Perak, Kedah, Pahang, Terengganu, Johor, Selangor dan lebih istimewa kita turut menerima penyertaan pasukan dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, objektif utama penganjuran kejohanan berkenaan ialah untuk menggalakkan anak muda disatukan dalam satu acara sukan yang turut melibatkan keusahawanan dan pelancongan.

“Kejohanan ini turut memberi limpahan rezeki buat masyarakat setempat terutama peniaga dan pemilik hotel serta homestay di kawasan berhampiran apabila hampir semuanya telah penuh ditempah, selain ia turut menggalakkan lagi sektor pelancongan negeri ini,” katanya.

Kejohanan tersebut dirasmikan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li dan turut dihadiri Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Pada akhir kejohanan menyaksikan pasukan TOT United dinobat sebagai johan kategori lelaki dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi, manakala MBSA SR muncul johan kategori wanita dengan hadiah kemenangan RM1,000 berserta trofi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago