14 UNIT RMM DIBINA DI BATU BERENDAM

Lagi RMM untuk rakyat dibina..

Sebanyak 14 unit Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibangunkan di Batu Berendam bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia sekaligus menambahkan bilangan RMM di bina di Melaka iaitu keseluruhannya melebihi 38 ribu unit termasuk yang sedang dalam perancangan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Menandatangani Usahasama antar Kerajaan Negeri dan Delta Diversified , di Seri Ngeri, Ayer Keroh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hassan, Exco Perumahan. Kerjaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew,Pengarah Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Saleh Bin Mohd Dom, dan Pengarah Delta Diversified, Tee Kai Loon.

RMM yang dibina di kawasan 0.368 hektar itu, meliputi 10 unit rumah teres setingkat berkeluasan 20 x 65 kaki berharga RM180,000 serta empat unit rumah jenis sama yang terletak di lot hujung dan lot tanah besar berharga RM200,000.

Ini menjadikan Melaka kekal sebagai sebuah negeri yang menyediakan rumah paling mampu dimiliki.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago