14 ADUN sokong Adly kekal Ketua Menteri

AYER KEROH 25 Okt. – 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong penuh pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Adly Zahari, susulan laporan sebuah portal berita tempatan yang mengatakan Melaka merupakan negeri pertama eksperimen kerajaan pintu belakang.

Pakatan Harapan (PH) Melaka menerusi kenyataannya hari ini berkata, kesemua ADUN tersebut memberi kepercayaan kepada Adly yang terbukti berwibawa dengan kestabilan politik dan tatakelola pentadbiran yang telus.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Melaka telah menolak Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu dan ia merupakan detik bersejarah kepada PH yang menerima sokongan pengundi untuk mentadbir negeri buat kali pertama.

“Kepimpinan YAB Ketua Menteri, Adly Zahari terbukti berwibawa dengan kestabilan politik dan tatakelola pentadbiran yang telus.

“Kami menolak sebarang tindakan yang memperlekehkan mandat rakyat dan membelakangi prinsip demokrasi melalui pilihanraya.

“Fokus kerajaan negeri adalah menggalas amanah rakyat dengan program dan dasar progredif, inklusif dan inovatif bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negeri.

“Kami memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada Adly untuk memimpin Melaka bagi melaksanakan janji PH,” katanya.

Menerusi kenyataan itu lagi, kesemua 14 ADUN tersebut turut mewakiili rakyat Melaka.

Kesemua ADUN itu adalah, Datuk Ginie Lim Siew Lin (Machap-PKR), Low Chee Leong (Kota Laksamana-DAP), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh-DAP), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput-BERSATU), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-BERSATU), Damian Yeo Shen Li (Duyong-DAP), Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (Durian Tunggal-AMANAH), Datuk Gue Teck (Klebang-PKR), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang-DAP), Datuk Dr. Wong Fort Pin (Bemban-DAP), Datuk Norhizam Hassan (Pengkalan Batu-DAP), Dauk Tey Kok Kiew (Bandar Hilir-DAP), G.Saminathan (Gadek-DAP), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia-PKR).

Sementara itu, Mohd. Sofi dan Mohd. Rafiq masing-masing ADUN Durian Tunggal dan Paya Rumput ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Menurut Mohd Rafiq yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka, sokongan itu disuarakan menerusi grup aplikasi whatsapps kerajaan negeri.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago