13,606 CALON DUDUKI SPM 2019 DI MELAKA

13,606 CALON DUDUKI SPM 2019 DI MELAKA

Good luck adik-adik! 

Seramai 13 ribu 606 calon menduduki Peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 2 di 99 pusat peperiksaan seluruh Melaka.

Daripada jumlah itu, 11 ribu 384 calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula seramai 740, sekolah agama negeri 27 calon, sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM seramai 283 calon dan seribu 172 calon persendirian.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, SPM adalah salah satu proses untuk menilai kemampuan dan potensi pelajar dalam setiap bidang sama ada sains, sastera dan teknikal bagi mereka mendapatkan pengetahuan seterusnya menjadi agen membangunkan negara.

Beliau berkata demikian ketika melawat 289 calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi ST David, Bukit Baru.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JPN Bahagian Pengurusan Sekolah, Karim Tumin.

Dalam pada itu, Adly yakin Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka telah membuat penilaian dalam usaha mencapai sasaran kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan berkenaan.

 

CATEGORIES