Categories: MELAKARENCANA

12 tips pengucapan berkesan

Oleh Muhammad Fadzil Ahmad Shukor
Pensyarah Jabatan Komunikasi
Fakulti Sains Sosial, KUIM

PENYAMPAIAN ucapan yang jelas dan menarik akan menimbulkan rasa bersemangat dan keinginan kepada pendengar untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh seorang pengucap.

Dalam erti lain, ia memberi kesan mendalam kepada pendengar mengenai sesuatu topik yang disampaikan pengucap tersebut.

Tidak kira sama ada kita berucap kepada orang kenamaan, pihak atasan, kakitangan, pekerja, orang tua atau dewasa, remaja dan kanak-kanak, semuanya mahukan sesuatu kelainan dalam pengucapan tersebut.

Kemahiran pengucapan yang baik dapat menarik minat pendengar untuk terus mendengar daripada awal sehingga akhir.

Semakin menarik penyampaian ucapan daripada pengucap, semakin ceria suasana di dalam dewan tempat pengucapan awam berlangsung.

Jika pengucap sekadar bercakap dengan menceritakan perkara yang tidak menarik akan membuat pendengar bosan dan tidak menumpukan perhatian.

Maka, sebagai pengucap hendaklah mempersembahkan ucapan dengan stail dan gaya yang menarik untuk memastikan apa yang disampaikan mencapai matlamat dan tujuannya.

TAMPIL KE HADAPAN DENGAN YAKIN

Keyakinan diri digabung bersama ekspresi muka dan pergerakan badan yang baik akan memaparkan kewibawaan dan kredibiliti seorang pengucap.

Ini akan membolehkan mesej dapat disampaikan dengan berkesan.

PENAMPILAN DIRI YANG KEMAS

Berpakaian kemas semasa berucap akan memberi kesan positif kepada pendengar.

Malah, pengucap akan rasa lebih dihormati dan yakin untuk menyampaikan ucapan dan berkongsi aura positif dengan pendengar.

PERSEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL

Persediaan fizikal merangkumi bahan ucapan dan keterampilan diri sebelum berucap manakala persediaan mental pula seperti bersedia halangan atau cabaran yang bakal berlaku semasa pengucapan berlangsung.

SEDIAKAN KERANGKA UCAPAN

Lebih mudah rangka ucapan anda dalam bentuk butiran ringkas (point forms) untuk membantu pengucap mengingati apa yang hendak disampaikan.

Teknik ini bagi memastikan pengucap dapat berucap dengan selesa dan yakin.

BAHASA BADAN MENYOKONG LISAN

Pergerakan badan, muka dan tangan boleh menarik perhatian pendengar dengan memberi kefahaman yang lebih cepat apa yang disampaikan pengucap.

Pergerakan ini juga memberi impak dramatik kepada pendengar dan boleh mententeramkan perasaan pengucap yang sedang gementar.

PERMULAAN DAN PENGAKHIRAN YANG LENGKAP

Setiap ucapan mesti dimulakan dengan pengenalan diikuti huraian jelas dan penutup yang menarik.

Gunakan pengenalan yang kreatif dan menarik perhatian pendengar, huraian dan isi yang mantap serta kata penutup yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar.

CIPTA HUBUNGAN MESRA DENGAN PENDENGAR

Gunakan `eye contact’ atau pertentangan mata yang mesra dengan pendengar. Jika boleh pandang semua pendengar yang ada dari setiap bahagian di hadapan, tengah, belakang, kanan dan kiri.

Elakkan daripada pandang ke arah satu objek atau pandang ke atas sahaja.

KAWAL SUARA DENGAN BAIK

Penggunaan suara ketika berucap mengikut situasi mesej yang disampaikan. Suara ditekankan apabila sesuatu yang diperkatakan itu perlu dinyatakan dengan bersemangat.

Bersuara lantang pula bertujuan mengukuhkan hujah dan memberi keyakinan kepada pendengar apa yang hendak disampaikan.

ATASI GUGUP[ DAN GEMURUH PENTAS

Gemuruh pentas adalah normal. Gunakan kaedah mengawal gemuruh dengan baik secara psikologi, fizikal dan kaedah rohaniah dan spiritual.

Gemuruh akan mula hilang sedikit demi sedikit selepas beberapa ketika pengucap berucap dan kemudian akan terus hilang.

JANGAN MEMEGANG BARANG DI TANGAN SEMASA BERUCAP

Kebanyakan pengucap akan memegang pensel, nota, buku dan seumpamanya untuk menghilangkan rasa gementar.

Hal ini boleh menyebabkan pendengar akan memberikan tumpuan kepada perbuatan pengucap bukan fokus kepada mesej yang disampaikan.

JANGAN BERCAKAP TERLALU LAJU

Pengucap yang berkesan akan bercakap dengan menggunakan kadar kelajuan yang sesuai agar mudah difahami pendengar.

Bercakap laju memberi tanggapan negatif iaitu pengucap seolah-olah ingin menghabiskan ucapan dengan cepat daripada memberi kefahaman kepada pendengar.

BUAT PERSEMBAHAN SEOLAH-OLAH SEDANG BERBUAL

Berucap sambil mewujudkan perhubungan mesra dengan pendengar disamping memerhatikan reaksi mereka.

Elakkan membaca teks semata-mata kerana pendengar akan merasa bosan dan tidak fokus pada isi pengucapan.

Persembahkan ucapan dengan santai dan bersahaja dengan pendengar.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago