Categories: KebajikanMAIMMELAKA

12 rumah percuma dibina, 30 rumah asnaf akan dibaiki MAIM

AYER KEROH 10 Jan. – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan 12 rumah percuma buat golongan asnaf terpilih sekali gus memberi nafas baharu kepada kedaifan yang dihadapi sebelum ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Azman Aziz berkata, rumah percuma yang ditawarkan menerusi Skim Bantuan Bina Rumah MAIM itu akan dibangunkan menjelang awal tahun ini.

Jelasnya, rumah yang dibangunkan itu turut mengguna pakai reka bentuk Rumah Peduli malah turut menggunakan syarat sama berhubung permohonan rumah tersebut.

“Skim ini menggunakan rekabentuk Rumah Peduli yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menggunakan syarat sama termasuk pemohon perlu memiliki tanah sendiri.

“Setiap kos pembinaan juga lebih kurang harga pembinaan Rumah Peduli bagaimanapun skim ini hanya diperuntukkan buat golongan asnaf yang benar-benar tidak mempunyai rumah dan ini mampu meringankan bebanan yang ditanggung keluarga ini.

“MAIM menyasarkan 12 rumah percuma ini pada 2020 dengan nilai peruntukan sebanyak RM444,000 dan dijangka bakal bermula pada pertengahan Februari nanti.

“Dengan jumlah itu ia mampu membantu kerajaan negeri bagi menambah insentif rumah percuma yang akan diterima oleh rakyat Melaka dan ini mampu mendukung hasrat kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui MelakaKini, baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau berkata, MAIM komited dalam membantu golongan asnaf di negeri ini melalui pelbagai inisiatif dijalankan agensi itu.

Katanya, selain skim berkenaan, inisiatif bagi bantuan perumahan golongan tersebut turut giat dijalankan melalui Bantuan Baik Pulih Rumah Asnaf MAIM.

Ujarnya, bagi tahun 2019 sebanyak 20 rumah golongan asnaf telah dibaik pulih dengan bantuan pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“MAIM telah memperuntukkan RM147,998 bagi tahun ini bagi membaiki setiap rumah asnaf yang rosa seperti bumbung, lantai, dinding dan sebagainya.

“Bagi tahun ini juga kita menyasarkan sebanyak 30 buah rumah akan dibaiki dengan peruntukkan sebanyak RM300,000 dengan pembahagian 10 buah rumah bagi setiap daerah di negeri ini,”katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago