110 penuntut IPT, belia sertai SkuadMEPS

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MERLIMAU 14 Jan – Seramai 110 peserta yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan persatuan belia di negeri ini khususnya dari daerah Jasin menyertai program SkuadMEPS Melaka di Politeknik Merlimau, di sini, semalam.

Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) itu membabitkan penyertaan penuntut Politeknik Merlimau, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, Institut Latihan Perindustrian Selandar dan belia daerah Jasin.

Majlis perasmian program yang turut dianjurkan secara bersama Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Majlis Belia Malaysia (MBM) Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin dan Politeknik Merlimau itu disempurnakan Presiden MBM, Jufitri Joha.

Menurut Jufitri, SkuadMEPS bertemakan “Menggerak Pengguna Siswa” Negeri Melaka itu bertujuan sebagai platform kepada mahasiswa dalam menjadi suara pengguna khususnya anak muda kepada kerajaan khususnya bagi kepentingan masyarakat.

“Mahasiswa memainkan peranan dalam masyarakat seperti isu kepenggunaan kerana implikasinya akan kembali kepada mereka pada masa hadapan.

“Justeru peranan mahasiswa amat penting dalam membantu kerajaan memastikan rakyat dapat hidup lebih baik dalam menangani isu kepenggunaan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, wakil Pengarah KPDNHEP negeri, Adyzam Abd Manap, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Merlimau, Rosita Zainal, Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali dan ketua program, Zaini Muhamad.

Pada majlis itu juga, semua peserta mengikuti tiga sesi taklimat dan ceramah Program SkuadMEPS yang disampaikan Pegawai daripada KPDNHEP Melaka yang berkongsi pengalaman penguatkuasaan dan pendidikan mengenai hak-hak pengguna.

Menurut Jufitri, program yang diadakan itu juga adalah bertujuan mendedahkan pengguna siswa dengan ilmu kepenggunaan dan membantu kerajaan dalam meningkatkan kesedaran tentang kepenggunaan di kampus dan menjadi mata kepada masyarakat.

“Melaka adalah negeri yang kesembilan diadakan Program SkuadMEPS bagi siri 1 dan ia akan diteruskan lagi di beberapa negeri selepas ini,” katanya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago