Categories: JENAYAHMELAKA

11 anggota polis ditahan dalam Op Blue Devil di Melaka

AYER KEROH, 23 Ogos – Seramai 11 anggota polis di Melaka termasuk seorang wanita dan seorang anggota Paukan Gerakan Marin, telah ditahan dalam Op Blue Devil yang dijalankan di kontinjen negeri ini sejak minggu lepas.

Ketua Cawangan Khas Melaka ACP Salim Youb berkata dalam tempoh tersebut polis telah menjalankan 68 pemeriksaan di seluruh negeri.

Beliau berkata anggota polis marin yang terlibat telah dituduh di mahkamah di sini semalam.

“Suspek didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah jenis methamphetamine (syabu),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Salim berkata kesemua suspek merupakan anggota pangkat rendah berumur antara 20-an hingga 60-an.

Beliau berkata salah seorang suspek merupakan anggota yang akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.

“Hasil ujian air kencing kesemua suspek adalah positif dadah,” katanya.

Ops Blue Devil dijalankan secara serentak di setiap kontinjen sejak 13 Ogos lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilaporkan berkata setakat ini seramai 112 anggota polis termasuk seorang daripadanya berpangkat Supritendan dikesan positif dadah menerusi ‘Op Blue Devil’ yang dijalankan itu.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago