10 inisiatif terbaik Kerajaan PH Melaka

10 inisiatif terbaik Kerajaan PH Melaka

Inisiatif Kerajaan PH Melaka yang telah dan sedang dilaksanakan demi pembangunan rakyat keseluruhannya...

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

 

1. Projek Perumahan Untuk Rakyat

Ini ‘rare’, kepada rakyat Melaka ini berita memang terbaiklah, Kerajaan Melaka kini melaksanakan Projek 60 Perumahan Peduli Rumah Peduli diberikan secara percuma kepada rakyat memerlukan, Rumah Berkat sebagai rumah transit  bagi membantu pasangan suami isteri yang baru berkahwin, Rumah Belia khusus buat golongan belia. Amacam?

 

2. Hospital Kanak-Kanak dan Wanita

Pengumuman pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WCH) oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini ternyata bakal melegakan golongan ibu bapa negeri ini kerana umum mengetahui wad kanak-kanak dan wanita di hospital kerajaan sentiasa ‘full house’. Dengan terbinanya WCH itu, ia bakal menempatkan sebanyak 440 katil dijangka sekali gus mengurangkan kesesakan di Wad Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi di HM antara 35 hingga 40 peratus. Terima kasih kerajaan PH!

 

3. Petak letak kereta percuma Sabtu & Ahad

Kepada mereka yang kaki jalan, suka melancong di hari minggu, ini memang berita baik untuk anda. Mana tidaknya, setiap hari Sabtu dan Ahad, anda tidak perlu lagi membeli tiket parking MBMB, MPAG, MPHTJ dan MPJ kerana kerajaan PH mengumumkan parkir adalah percuma di setiap petak parkir PBT. Ia melibatkan 27,880 petak parkir kenderaan di bawah pentadbiran empat PBT di negeri ini.

 

4. Hari Bertemu Rakyat Perdana

Yang  terakhir, tak perlu nak cakap panjang lebar. Sekarang kita makin senang dan mudah nak jumpa dengan YB! Dengan wujudnya Hari Bersama Rakyat Perdana yang akan dijadikan sebagai agenda setiap suku tahun (4 kali setahun), kita dapat berjumpa sendiri dengan semua Exco Kerajaan Negeri Melaka bersama-sama Ketua Menteri pada hari Jumaat di Seri Bendahara. Syabas Kerajaan Negeri Melaka! Boleh dikatakan ini usaha yang baik untuk merapatkan lagi ukhwah antara rakyat dan kerajaan!

 

5. Pembukaan Laluan Baru Air Asia ke Pulau Pinang

AirAsia kini di Melaka? Ya, kini anda boleh menikmati penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad dari Melaka ke Pulau Pinang tujuh kali seminggu! Wow, menarik bukan? Makin rancak ekonomi Melaka, tidak mustahil boleh capai misi 20 juta pelancong tahun ini.

 

6. Perkhidmatan Bas Percuma

Satu lagi kemudahan yang memberi manfaat buat rakyat Melaka iaitu perkhidmatan bas percuma atau dikenali sebagai Bas Melaka Berwibawa. Memang ‘superb’ dan kira-kira 290,000 pengguna menikmati kemudahan percuma ini dengan jumlah subsidi RM1.4 juta. Serius, memang amat membantu.

 

7. ‘Flyover’ Persimpangan MITC Dan Peringgit Siap Dibina

Ha yang ini memang nampak lah kemajuan. ‘Flyover’ yang kita nantikan selama ini dah pun siap dan dibuka untuk kegunaan ramai. ‘Average’ masa yang kita boleh jimat ialah 20 minit! Pembukaan dua ‘flyover’ tersebut pada 11 Februari lalu memberikan keselesaan kepada masyarakat, sekali gus menyuraikan kesesakan lalu lintas di negeri ini.

 

8. 6 Bulan Sewa Percuma Buat Usahawan Wanita Yang Ingin Berniaga Di Kota Tun Fatimah

Berita baik untuk semua usahawan wanita! Kalau nak tahu, penjenamaan semula pusat perniagaan Kota Fesyen kepada Kota Tun Fatimah bakal memberi peluang usahawan wanita dalam memasarkan pelbagai produk yang mampu meraih pendapatan. Jom akak-akak semua kita kasi gegau!

 

9. Dermasiswa Pelajar Mesir

Dermasiswa Pelajar Mesir? Apa tu? Okay, ini adalah peruntukan sebanyak RM15 juta setahun yang disalurkan menerusi bidang pendidikan di negeri ini melalui pembiayaan pinjaman pendidikan dan Dermasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Untuk siapa? Mesti tertanya-tanyakan. Peruntukan ini akan disalurkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian pelbagai bidang ke luar negara khususnya pengajian di negara Timur Tengah. Jadi, kalau adik-adik yang berminat nak sambung ke Mesir atau mana-mana negara Timur Tengah, boleh je teruskan impian anda!

 

10. Pelayaran Kapal Kontena Pertama Di Tanjung Beruas

Sesuatu yang patut direkodkan dalam sejarah negeri Melaka ‘confirm’lah  merupakan pelayaran pertama oleh Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. di negeri ini selepas 45 tahun terbinanya Jeti Pelabuhan Tanjung Beruas! Pelayaran itu merupakan kapal kontena pertama yang berlabuh di negeri ini bagi memasarkan pasaran eksport syarikat terbabit ke Humen, China. Boleh dikatakan ini mampu peluang kepada kemajuan import dan eksport negeri kita! Inn shaa allah, ia sekaligus membuka lebih banyak ruang pekerjaan khusus untuk anak Melaka. Aamiin.

 

 

 

 

 

 

 

 

CATEGORIES
TAGS