10 asnaf terima sumbangan Ramadan

10 asnaf terima sumbangan Ramadan

Semoga keberkatan diperoleh mereka yang menyumbang..

DURIAN TUNGGAL 17 Mei – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengadakan program masuk kampung untuk menyampaikan sumbangan makanan menerusi Program Kayuhan Transformasi Ramadan, baru-baru ini.

Kayuhan itu melibatkan Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Kampung Pulau, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Padang Kerbau.

Pengarah Pusat Islam UTeM, Dr. Muhd Akmal Noor Rajikon berkata, kayuhan itu juga memfokuskan golongan asnaf di kawasan perkampungan Durian Tunggal.

Menerusi kayuhan itu, asnaf diberikan sumbangan kit makanan asas bagi membantu mereka untuk bersahur dan berbuka.

“Kita pilih 10 asnaf untuk diberikan sumbangan sekali gus mengurangkan beban mereka semasa menjalani ibadah puasa.

“Di samping memuhasabah diri bagi mensyukuri nikmat Allah S.W.T.,” katanya pada program Kayuhan Transformasi Ramadan di sini, baru-baru ini.

Majlis perasmian dan penyerahan bendera UTeM disempurnakan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM baru-baru ini.

CATEGORIES
TAGS