Categories: MELAKA

1.59 juta benih anak ikan & udang dilepas di Melaka sejak 2003-2018

NORHIZAM dan Fort Pin melepaskan benih ikan lampam di Sungai Tehel.

JASIN 13 Sept. – Sebanyak 1.59 juta benih anak ikan dan udang dilepaskan ke perairan umum di Melaka sejak 2003 hingga 2018 oleh Jabatab Perikanan Negeri Melaka.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan & Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee berkata, daripada jumlah itu 63,000 adalah benih anak ikan lampam.

Katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha berterusan bagi menambah jumlah ikan air tawar, sekali gus dapat meningkatkan hasil tangkapan nelayan sungai di negeri ini.

Beliau optimis pelepasan benih ikan akan memberikan faedah kepada penduduk setempat selain meningkatkan populasi ikan di sungai-sungai.

“Sungai-sungai perlu dilindungi dari pencemaran agar generasi akan datang dapat menikmati manfaatnya,” katanya.

Norhizam berkata demikian di Majlis Pelepasan Benih Ikan Lampam Sungai Ke Sungai Perairan Sungai Tehel, hari ini.

Sebanyak 40,000 benih anak ikan lampam dilepas ke perairan Sungai Tehel.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bembam, Dr. Wong Fort Pin dan Pengarah Perikanan Negeri, Johari Tim.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: yb norhizam

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago