Yong Tai beri baucar rebat tunai RM18,888 sempena TBC

Yong Tai beri baucar rebat tunai RM18,888 sempena TBC

KLEBANG 11 Feb.- Kira-kira 500 pengunjung dalam dan luar negeri menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina (TBC) di Encore Melaka di sini, Sabtu lalu.

Acara tersebut sekali gus dapat mempamerkan semangat kebersamaan antara pelancong dan pengunjung yang hadir.

Ketua Pegawai Operasi Yong Tai, Zoe Tan berkata, majlis seumpama itu adalah yang pertama kali diadakan di Encore Melaka bagi meraikan TBC bersama pengunjung.

Jelasnya, program anjuran Yong Tai dan Encore Melaka itu turut mengadakan acara menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik perayaan TBC yang melambangkan nasib baik, kemakmuran dan sekali gus menarik perhatian pengunjung.

“Pada majlis tersebut juga kita (Yong Tai Berhad) memberikan baucar rebat tunai RM18,888 untuk mana-mana hartanah di bawah Yong Tai Berhad.

“Promosi ini  bermula 1 Januari lepas hingga 31 Mac depan, ini merupakan ‘angpau’ buat pelanggan kami yang ingin memiliki kediaman mewah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka TBC Yong Tai Berhad.

Pada majlis itu turut diadakan persembahan tarian singa akrobatik, tarian naga dan persembahan gendang yang dibawa khas oleh artis Encore serta pelbagai lagi aktiviti untuk kanak-kanak.

Majlis tersebut telah dirasmikan Exco Kesihatan & Antidadah, Low Chee Leong dan turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wong Fort Pin dan Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) negeri, Jeffri Munir.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah; ADUN Klebang, Gue Teck dan Pengurus Besar Encore Melaka, Long Eng Eng.

Encore Melaka turut menawarkan promosi potongan harga tiket sehingga 50% untuk warga emas berumur 55 tahun ke atas, RM75 untuk pelajar dengan ID pelajar dan kemasukan percuma untuk
kanak-kanak 12 tahun ke bawah sehingga 31 Mac depan.

Waktu operasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang Sabtu, 11 pagi hingga 8 malam dan hari Ahad pula dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati galeri hartanah Impression City Melaka atau Hubungi: +606 2707 799 /+6012 959 6010.

CATEGORIES
TAGS