TMM 2019: Cipta kelainan sambutan TBC

TMM 2019: Cipta kelainan sambutan TBC

AYER KEROH 7 Jan. – Pelbagai kelainan akan dicipta kerajaan negeri pada sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bagi merancakkan Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019).

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sambutan itu mampu menarik pelancong, sekali gus memperkenalkan Melaka sebagai negeri pelbagai budaya.

Katanya, sempena sambutan TBC ini nanti, pelbagai aktiviti seperti makan malam yang akan disambut bercirikan budaya kehidupan masyarakat Cina.

Jelasnya, melalui program itu pelancong akan didedahkan segala masakan masyarakat Cina yang akan memberi pengenalan umum tentang budaya seluruh bangsa Cina di negeri ini.

“Melalui program tersebut, sambutan akan berlangsung dari jam 8 hingga ke tengah malam dan pelbagai program dilaksanakan bagi merancakkan lagi TMM 2019.

“Kita akan cipta kelainan dan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, malah pelbagai inisiatif akan diambil bagi meningkatkan kadar pelancongan negeri yang akan menarik jutaan pelancong pada TMM 2019 kali ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

CATEGORIES