Timbalan Yang di-Pertuan Agong adakan lawatan kerja ke Melaka

Timbalan Yang di-Pertuan Agong adakan lawatan kerja ke Melaka

AYER KEROH 6 Dis. – Timbalan Yang di-Pertua Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan mencemar duli dengan melakukan lawatan kerjanya ke Melaka esok (Jumaat).

Ketua Menteri, Adly Zahari memberitahu, keberangkatan tiba Sultan Nazrin Muizzuddin di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAB) kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki pesawat khas.

Baginda seterusnya akan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Pentauliahan Pelantikan Hakim di Hotel Equatorial.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob.

Adly berkata, baginda akan bersama rakyat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azim seterusnya dijadual merasmikan Majlis Perasmian Pameran Gambar ‘Bina Masa Depan Lebih Cemerlang’ dan Perasmian Rancangan ‘Am Glass’ anjuran Persatuan Cheng Ho Obor Negeri Melaka di Jalan Bendahara.

2.09K Shares
CATEGORIES
TAGS