Tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir

Tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir

KEADAAN Kampung Seri Jeram yang ditenggelami air akibat keadaan sungai yang tidak mampu menampung jumlah air yang banyak.

ALOR GAJAH 3 Nov. – Tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Balairaya Kampung Seri Jeram akibat hujan lebat sejak jam 3.30 petang semalam di Kampung Seri Jeram.

Kali terakhir kawasan itu dinaiki air adalah pada 12 Oktober lalu, akibat kawasan sungai yang tidak mampu menampung jumlah air yang banyak, membabitkan mangsa dan punca yang sama.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah, Kapten (PA) Mohammad Fairul Asikin Kadir, mangsa banjir kali ini membabitkan tiga keluarga melibatkan sembilan mangsa iaitu empat lelaki, tiga perempuan dan dua kanak-kanak.

Katanya, kesemuanya telah selamat dipindahkan pada jam 12 tengah malam semalam.

“Pusat pemindahan telah dibuka sejak 8.30 malam semalam dan sehingga kini hanya tiga keluarga yang dipindahkan.

“Sebanyak sembilan agensi telah terlibat untuk memindahkan kesemua mangsa dengan kekuatan 25 anggota,” katanya.

CATEGORIES
TAGS