Terima kritikan, bukan fitnah – Adly

Terima kritikan, bukan fitnah – Adly

AYER KEROH 11 Feb. – “Kami sedia terima kritikan pembangkang, namun bukan fitnah secara berleluasa,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Menurutnya, Parti Amanah Negara (Amanah) boleh menerima kritikan pihak pembangkang namun bukan unsur yang berbaur fitnah.

Beliau berkata, segala unsur fitnah itu perlu dihentikan dan tidak boleh disebar luas bagi mengelak persepsi tidak baik terhadap parti.

“Untuk makluman, bermula November 2018 kita sudah mulakan proses pelantikan baharu jawatakuasa masjid dan dijangka bermula Mac ini lantikan tersebut.

“Jika maklumat itu salah disampaikan, lebih baik kita menarik semula dan memohon maaf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel Mudzaffar di sini, baru-baru ini.

Adly menegaskan, permohonan maaf itu adalah jalan terbaik buat pihak pembangkang.

“Kerajaan sentiasa memastikan bahawa segala kritikan boleh diterima, tetapi bukan unsur fitnah,” katanya.

Sebelum ini, tuduhan yang dilemparkan terhadap MAIM dalam video parti pembangkang berhubung isu pengurusan masjid di negeri ini mengandungi kenyataan berbaur fitnah yang antara lain mahu menjatuhkan kredibiliti institusi tersebut.

Berikutan itu, beberapa laporan polis dibuat Amanah atas kenyataan bermotifkan politik dan cuba menghakis kepercayaan masyarakat Islam di negeri ini terhadap pentadbiran MAIM.

469 Shares
CATEGORIES
TAGS