Tak lepas peluang abadi kenangan di ‘pohon sakura’

Tak lepas peluang abadi kenangan di ‘pohon sakura’

ALOR GAJAH 14 Mac – Walaupun musim panas melanda namun ia tidak menghalang orang ramai untuk merakam gambar kenangan pohon yang sedang berbunga di negeri ini.

Pohon yang mengeluarkan bunga seakan pokok Sakura di Jepun mendatangkan tarikan kebanyakan penduduk dan ia dikatakan akan berbunga dalam tempoh tertentu sahaja.

Seorang pelajar, Nur Ismanieza Ismail berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang tersebut dengan merakam gambar untuk dijadikan koleksi di laman Instagramnya.

Ujarnya, pokok itu akan berbunga lebat pada musim panas dan mula memenuhi di bahu jalan di beberapa lokasi jalan utama di negeri ini.

“Saya lihat pokok ini macam pohon Sakura dan ianya begitu cantik kerana terdapat pelbagai warna berbeza seperti putih, unggu, merah jambu dan pelbagai lagi.

“Tapi kadang-kadang kalau musim panas pun dia tak berbunga, tapi kali ini kita cukup bertuah kerana dapat lihat bunganya berkembang di sepanjang jalan,” katanya ketika ditemui MelakaKini, hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut dilihat mampu mengindahkan pemandangan di negeri ini yang juga dikatakan sebagai negeri pelancongan. 

Sementara itu, bagi Noor Azurin Mohd Sharif, 34, suhu panas yang dirasakan ketika ini ada hikmahnya.

“Sekurang-kurangnya fenomena tersebut memberi kita peluang seperti berada dalam musim bunga seperti di Scotland, Jepun ataupun di Korea Selatan.

“Memang terasa seperti berada di luar negara, sedangkan di bumi Melaka sahaja,” katanya.

102 Shares
CATEGORIES