Sultan Nazrin solat Jumaat bersama lebih 2,000 umat Islam

Sultan Nazrin solat Jumaat bersama lebih 2,000 umat Islam

BUKIT PALAH 7 Dis – Suasana hujan renyai seakan merahmati ketibaan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Al-Azim bagi menunaikan Solat Jumaat, sebentar tadi.

Sultan Nazrin berangkat ke Negeri Melaka bagi mencemar duli melakukan lawatan kerjanya ke Melaka, hari ini.

Terdahulu, Sultan Nazrin yang tiba kira-kira 12.45 tengah hari itu, turut menunaikan solat hajat bersama jemaah yang lain.

Turut sama menunaikan solat Jumaat, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Adly Zahari, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Omar Jaafar, barisan Exco kerajaan negeri dan lebih 2,000 umat Islam.

Dalam pada itu, solat Jumaat sebentar tadi telah diimankan Imam besar masjid berkenaan, Datuk  Mohammad Hashim.

Mohammad turut menyampaikan khutbah bertajuk Masaqid Syariah Teras Kemakmuran Negara berkata, adalah penting Umat Islam menjaga integriti diri dan bersatu demi menjaga kemakmuran negara dan agama.

1.15K Shares
CATEGORIES
TAGS