SUK pantau Projek Sungai Melaka

SUK pantau Projek Sungai Melaka

BANDARAYA MELAKA 12 Feb. – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan telah mengadakan lawatan ke Projek Sungai Melaka,  baru-baru ini.

Lawatan itu, bagi mendapatkan penerangan dan memantau status pelaksanaan projek serta isu-isu berkaitan selain perancangan pembangunan Sungai Melaka Fasa 2.

Pada lawatan itu, Hasim turut berkesempatan meninjau sekitar kawasan Pasar Besar Melaka Sentral.

Lawatan itu, mendapat kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan lain-lain.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin.

195 Shares
CATEGORIES