SPK MBMB akan diaudit

SPK MBMB akan diaudit

BANDARAYA MELAKA 12 Feb. – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin menasihatkan kakitangannya bersiap-siaga diaudit bagi memastikan sistem pengurusan kualiti (SPK) berfungsi sepenuhnya.

Katanya, perkara itu amat mustahak supaya pensijilan ISO 9001:2015 yang menjadi garis sistem penyampaian cemerlang dan efiesyen disambung semula sejak menerimanya pada Oktober 2017.

“Sebagai warga MBMB tentunya berharap pensijilan itu disambung dan saya menyeru semua ketua jabatan dan pegawai dapat memberikan komitmen dan penglibatan secara holistik.

“Pertama, menetapkan dan melaksanakan objektif kualiti baik di MBMB, diikuti menyokong dasar kualiti MBMB yang telah dibangunkan, mengawal selia prestasi SPK di semua jabatan..

“Dan, menyediakan sumber mencukupi untuk melaksana dan memelihara sistem pengurusan kualiti serta meningkatkan keberkesanannya secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2015 di Hotel Bayview sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mansor turut mencadangkan para ketua jabatan menambah baik dan menyiasat isu ketidakpatuhan.

“Ketua jabatan perlu membuat penambahbaikan ke atas punca agar isu ketidakpatuhan tidak berulang dan langkah pencegahan dapat diambil, katanya.

Kursus itu yang berlansung selama tiga hari bermula hari ink disertai 75 peserta dari 14 jabatan dan enam unit.

habis.

CATEGORIES