Skim rumah bantuan bencana : Pelajar JKA dilatih ujian SKK

Skim rumah bantuan bencana : Pelajar JKA dilatih ujian SKK

DUYONG 10 Jan. – Sembilan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dilatih menjalani ujian Sijil Kemahiran Kecekapan (SKK).

Ketua JKA PMM, Mohamad Kelana Juwit berkata, ujian berkenaan dikelolakan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Menurutnya, ia dilaksanakan bertepatan dengan hasrat kedua belah pihak berkenaan bagi skim rumah bantuan bencana.

“Ia seperti rumah terbakar, rosak akibat banjir, tanah runtuh, ribut dan lain-lain menggunakan konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS), murah dan dibina cepat.

“Bagaimanapun, pelaksanaan ini masih memerlukan peruntukan dari kerajaan negeri bagi mendapatkan kolaborasi SANC Group,” katanya kepada MelakaKini.

Katanya, bagaimanapun PMM juga dalam peracangan untuk dijadikan pusat latihan CIDB Zon Selatan.

“Kerja-kerja pembinaan meliputi semua aspek bemula ‘simen rendering’ sehingga siap.

“Namun, hanya tiga kerja melibatkan kompetensi kemahiran dikendalikan CIDB iaitu ‘steel frame & truss erector’,’ roof trust installer’ dan ‘lightweight blockwall installer’,” tambahnya.

236 Shares
CATEGORIES