Sambutan Hari Keluarga Saudara Muslim meriah

Sambutan Hari Keluarga Saudara Muslim meriah

AYER KEROH – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Balai Islam telah menganjurkan sambutan Hari Mesra Warga Kelas Fardhu Ain Saudara Muslim Negeri Melaka yang telah diadakan di Taman Mini Malaysia baru-baru ini.

Program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Melaka serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu telah berjaya menarik minat
saudara muslim di negeri ini dengan disertai seramai 300 orang terdiri daripada keluarga saudara muslim.

Dianjurkan pada setiap tahun dengan tujuan merapatkan lagi saf dan ukhuwah sesama mereka khususnya dalam menjadikan akidah mereka sentiasa
terbela dan teguh bersama saudara muslim yang lain.

Malah dengan adanya program seumpama ini akan lebih menjadikan mereka sebagai sebuah komuniti yang disegani serta mampu mengeratkan lagi
tali persaudaraan mereka walaupun mereka berlainan bangsa dan bahasa.

Program berkenaan juga mampu memeupuk semangat cintakan agama dan membentuk sahsiah diri yang sejati dan teguh dalam memeprtahankan akidah mereka supaya tidak kembali kepada agama asal mereka

Masih terdapat dalam kalangan saudara muslim yang belum mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan melalui program ini akan membantu mereka menilai dan membentuk peribadi yang mulia dalam menjalani kehidupan seharian.

Pelbagai acara disediakan pada program itu antaranya program sukaneka untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mana ianya juga boleh menyemai semangat setiakawan sesama mereka.

Penting kepada saudara muslim untuk menjaga akidah mereka daripada terpesong ke agama asal dalam usaha menjadikan mereka sebagai ikon untuk golongan belia dan juga remaja masa kini.

Program berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan hadir sama Setiausaha MAIM, Azman Aziz serta Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam, Ustaz Mohd. Leow Abdullah.

CATEGORIES
TAGS