Rompak rumah jiran : 3 beradik ditahan polis

Rompak rumah jiran : 3 beradik ditahan polis

BANDARAYA MELAKA 11 Jan. – Gara-gara curi wang RM10, tiga beradik ditahan polis kerana dipercayai merompak rumah jirannya di Taman Ayer Keroh Height, semalam.

Suspek berusia 14, 22 dan 23 tahun itu ditahan di hadapan rumah mereka sekitar jam 8 hingga 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa, warga Bangladesh, 27, membuat laporan polis selepas suspek merompak rumahnya kira-kira jam 3 petang semalam.

menurutnya, suspek telah pecahkan kunci pintu hadapan rumah mangsa dan meminta menyerahkan wang, tetapi mangsa beritahu dia tidak punyai wang.

“Tiga beradik itu kemudian menyelongkar dan mengambil barangan terdapat dalam rumah termasuk wang tunai RM10 disorok di bawah tilam,” katanya kepada media.

Ujarnya, mangsa memberitahu dia mengenali salah seorang dari suspek tersebut yang juga merupakan jirannya.

“Siasatan juga mendapati, suspek berusia 23 dan 22 tahun itu juga punyai rekod kesalahan membabitkan jenayah curi dalam bangunan, dadah dan pecah rumah.

“Dua suspek direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan adiknya dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

134 Shares
CATEGORIES