Ridzuan Puzi dinobat Atlet Para Terbaik Asia 2018

Ridzuan Puzi dinobat Atlet Para Terbaik Asia 2018

AYER KEROH 7 FEb. – Atlet para negara, Mohamad Ridzuan Puzi mengharumkan nama negara sekali lagi apabila dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.

Atlet yang turut dikenali sebagai Dik Wan itu mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Pada temasya di Jakarta, atlet itu mencipta rekod dunia acara 100m lelaki T36 dengan masa 11.87 saat bagi memadam rekod dunia lama, 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetcov yang dilakukan pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon.

Dia yang meraih tiga emas di Jakarta muncul atlet pertama Malaysia diberi pengiktirafan itu.

Anugerah yang diterima itu disampaikan oleh Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Al-Hameli, dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed.

CATEGORIES
TAGS