Ratu Cantik Miss Curvy 2019 11 Jan. 2019

Ratu Cantik Miss Curvy 2019 11 Jan. 2019

BANDARAYA MELAKA 6 Dis. – Sektor pelancongan Melaka mampu mendapat manfaat besar terutama limpahan publisiti menerusi penganjuran Ratu Cantik Miss Curvy 2019 pada 11 Januari 2019.

Penganjuran tersebut akan diadakan di kawasan pelancongan Jonker Walk bermula jam 7 malam.

Penaungnya, Datuk Kian Sit Har berkata, pertandingan itu bukan saja dapat mempromosi pelancongan negeri, malah boleh meyakinkan diri wanita ‘plus size’.

Antara syarat untuk menyertai Pertandingan Miss Curvy 2019 ialah umur peserta mesti 18 ke atas dan punyai berat badan tidak kurang dari 70 kilogram.

“Yuran dikenakan hanya RM150. Trofi, cenderhati dan beg barangan serta selendang ratu disediakan buat semua peserta,” katanya pada sidang media di Hotel Ramada Plaza Melaka.

Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Miss Curvy 2019 anjuran Curvy Girls Group pada 31 Disember 2018 ini.

Kepada mereka yang berminat boleh hubungi Celine di talian 011-1112 5273 untuk keterangan lanjut.

CATEGORIES